Saturday 31 August 2013

Pesan Guru

PESAN GURU

Abu hasan al-Syazili berkata: Guruku, Syeikh Abdul Salam bin Masyisy berpesan: "janganlah kamu melangkahkan kaki kecuali untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Jangan kamu duduk di dalam sesuatu majlis kecuali majlis yang bukan maksiat. Jangan kamu bersahabat kecuali dengan yang dapat membantumu melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Dan jangan kamu memilih sahabat karibmu kecuali yang dapat menambah keyakinanmu kepada Allah s.w.t. Namun semua itu sangat sukar aku temui."

Friday 30 August 2013

Buat sahabat dan diriku

salam buat sahabat2 yang bakal melanjutkan pelajaran beberapa hari lagi...

kekadang hati ini ada sedikit rasa cemburu dengan kawan2..urm, tp apa nak buat, takdir yang menentukan segalanya..
so, kepada sahabat2, inilah hidup. hidup yang sebenar baru saja bermula. hidup yang penuh dengan cubaan, cabaran yang akan kita rasai sepanjang berada di alam universiti. jadi tempuhilah dengan tabah dan yakin pada diri..insyaAllah , kita akan dapat merasai erti kehidupan..

pesanan buat diri sendiri juga,
jangan putus asa, dan banyakkan berdoa. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar..
rabbi yassir wala tuasssir..semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan sahabat2..

ALL THE BEST..!
perubahan diri selalu berkait rapat dengan apa yang kita tahu.
 apa yang kita tahu pula, datang daripada maklumat sekeliling.
 mencipta dan menunggu pelang adalah dua perkara yang berbeza. 
mencipta peluang adalah satu cara kita mengisi cawan pengetahan supaya penuh dan dapat bertindak mengikut ilmu yang tepat.