Thursday, 3 July 2014

jom menuntut ilmu ... !!

wajib menuntut ilmu.

undang undang jenayah syariah dalam Islam ada 4 jenis :

a) Qisas
b) Hudud
c) Diyat
d) Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :

a) bunuh dengan sengaja
b) melukakan dengan sengaja
c) mencederakan sehingga hilang anggota (memcacatkan) dengan sengaja.

Hudud pula melibatkan 6 kes :

a) murtad
b) merompak
c) minum arak
d) berzina
e) mencuri
f) tuduh zina (qazaf)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a) bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b) cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. contihnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.

ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikt ketetapan syarak. manakala selebihnya seperti melanggar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawak ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Saturday, 25 January 2014

hubungan etnik

peningnya bila duk manghadap laptop, nak cari tahu pasal ekonomi melayu bagi subjek hubungan etnik. baru  tahu macam mana susuhnya untuk mendapatkan ilmu.. tambah lagi pasal kerajaan ni. sblum ni, masa zaman sekolah, x pernah nak amek tahu psal semua benda2 ni. tapi sekarang, semua benda kena tahu. kerajaan, dasar ekonomi, politik, sosial. sebab semuanya berkait antara satu sama lain.

 contoh assingment, pasal kenaikan harga barang. GST hanyalah salah satu daripada cabang kenaikan harga barang sebenarnya. harga barang naik selalunya selaepas pilihanraya. sebab apa? sebabnya semasa pilihanraya, kerajaan banyak mengeluarkan peruntukan contohnya untuk diberi kepada rakyat. jadi, harga barang akan naik untuk menampung semula peruntukan bagi kewangan negara.

minyak. kenapa harga minyak  naik? padahal negara kita adalah salah satu negara yang mengeluarkan salah satu dari hasih bumi. minyak negara kita sebenarnya banyak dieksport ke nagara luar kerana minyak yang kita perolehi sekarang, adalah minyak mentah. jadi negara terpaksa menghantar minyak itu ke nagara luar untuk memproses menjadi minyak yang asli. jadi, maksudnya, kita membeli minyak dari negara kita sendiri. rasionalkah begitu...? membeli hasil khazanah bumi kita sendiri.


Monday, 20 January 2014

semoga diberi hidayah drp Allah

"paip bocor la bengong...!"
macam tu ke seorang suami patut berkata dengan perkataan yang macam tu kpd seorang isteri..
isteri sendiri..! mana perginya rasa hormat kepada seorang isteri..? orang yang dah melahirkan zuriat kita. anak kita. waris kita. sedih rasanya bila terdengar ayat yang sebegitu rupa yang keluar drp mulut seorang suami. rasa tersentap. nak menangis pun ada..
seorang isteri yang penat duk rumah sepanjang hari, menguruskan anak2 yang bersekolah, anak yang sakit, dan anak yang masih kecil dan tidak bersekolah, kadang kala bila letih, macam2 perkataan akan keluar daripada mulut .. bukan saja2. mgkin sbb letih. ataupun suami balik kerja dan tidak mengendahkan hal anak2. semuanya diserahkan kpd isteri itu sendiri. padahal bila suami tu balik rumah, makanan dah tersedia. cuma tggu balik makan je.  balik petang, malam tidur. pagi esok pegi kerja semula.
1 tanggungjawab dah terabai, iaitu melayan isteri.

mana perginya rasa tanggungjawab seorang suami...?
banyak sangat perkara yang dirasakan tak puas hati dengan kehidupan berkeluarga ini.
macam2 kerenah. lebih-lebih lagi bila kerenah tu malibatkan tanggungjawab dan amanat daripada Allah.
seseorang telah lalai dalam melaksanakan amanat Allah. semoga diberi hidayah.

umi pergi mekah

hmm, mimpi umi pergi mekah....?
kenapa mimpi mcm tu...? umi pakai kain sarung pulak tu. dukung adik yang bongsu, Ammar..
hmm, lain nye rasa dapat mimpi ni.. harap2 semuanya berjalan dengan baik.
jadi berfikir panjang je bila dapat mimpi ni.. kluar prkataan "kenapa" yang tak sudah2.. aduyai..
walaupun diri belum mampu hantar umi ke mekah, tp skurang2nya dah dapat mimpi umi pergi sana..
takutnya.. knp mcm pelik je mimpi ni.. umi pakai kain sarung, pastu bawak adik 3 4 orang..
Ya Allah, selamatkanlah umi dgn adik2 aku yang duk jauh drp aku skrang ni. jauhkan mereka dari bala dan bencana dan Kau lindungilah mereka.

Thursday, 19 December 2013

jejak kampus

jejek kampus sesi 1/2 kuis 2013...ho ho..!
mcm2 gelagat kawan..terbaik...!
25/11/2013  first time masuk kuliah..bersama farizon dah a'yuni....:)

Wednesday, 2 October 2013

Kubersyukur buat Kasih Mu

Di hatiku ada dua cinta yang bergolak dan berbolak balik.
Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan
begitu hebat dan dasyat sekali.
Jika kau tanyakan aku, "adakah DIA dihatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku hanya seorang insan yang sedang
bermujahadah agar DIA ad di hatiku. Aku belum sampai ke tahap
mencintai-Nya, tetepi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk
mencintai-Nya. -Pahroh Mohd Juoi (Di Mana DIA di Hatiku?)
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaan hidup ini.
Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil'alamin..