Saturday, 17 December 2016

Cinta kekal

tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada Nya.
tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepada Nya.
tiada cinta yang agung melainkan cinta Nya.
cinta manusia hanyalah bersifat sementara , seperti yang ada di muka bumi ini, semuanya adalah sementara. yang kekal abadi, tiada yang setandingnya hanyalah Allah sahaja, iaitu Allah yang Maha Satu, Yang Menguasai seluruh alam cakrawala ini, serta seluruh alam semesta.

mencintai dunia, akhirat akan meninggalkan kita.
mencintai akhirat, dunia akan menyusul kita.

sekadar puisi dikala hati sedang kerundungan.

mencari dunia, belum pasti jumpa dan merasa bahagia. sedangkan mencari akhirat, pasti akan dijumpai dan mengecapi akan nikmat bahagia yang kekal selamanya.

Tuesday, 13 December 2016

kayak - telipod

 yang ini semasa kami semua berkayak sambil cabut pokok telipod kat tasik kuis. entah macam mana pokok tu boleh tumbuh. coach cerita pokok jenis tu daripada luar negara. jauh pulak pokok tu meratau, sampai ke tasik kuis pulak tu.. jadi ni first time kami buat kerja amal ni.. huhu. yang penting semua di ditanggung beres. dapat baju free dan makan BBQ free. bez kann.. dalam masa yang sama dapat kenal kawan baru, kenal senior, junior.. ☺☺❤

 bergambar bersama geng kayak..
haaa... tengoklah hasilnya.. menarik kan.. cantik pemandangan..

wedding classmate





gambar kenangan ni diambil semasa majlis akad nikah clasmate kami, Ain Syuhada. 
semua pakai sedondon. cantik kan... 

kepada clasmate yang lain, semoga cepat dapat jodoh. moh la kita merantau sesama pegi majlis korang nnti. lain2 negeri kan.. 

Friday, 28 October 2016

Albi Nadak

Albi Nadak by Fares

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
Lirik di atas adalah terjemahan lagu albi nadak..sebuah lagu arab...
Sekiranya kita jatuh cinta, semoga kita jatuh cinta kepada insan yang mencintai Allah..
Semoga kita jatuh cinta kepada pemuda yang beriman..
Yakinlah pada janji Allah lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...

Sunday, 23 October 2016

Perantau Hill

taraa....

ni masa makan makan kelas kami utk sem 6.. walaupun nampak simple, just pegi kedai makan je... tapi at least kita semua dapat jugak berkumpul.. huhu.

konvoi 6 buah kreta..
tempat makan kami di perantau hill bangi..
masa ni je la nak kumpul kenangan dengan kawan sekelas semua. nnti lepas dah habis belajar. mesti dah susah nak jumpa..

so sebelum kita tamat blajar sem 8, jom kita plan nak pegi bercuti pulak...

yang ikhlas
bendahari kelas korang.

untuk awak

awak,

tak kisah siapa awk, sy harap awk sihat. tengah kerja ke, belajar ke, dalam ngara ke, luar negara ke, jadi diri selalu.

*yaAllah, dgn keadaan yg aq lalui, aq takut. takut untuk menempuh alam perkahwinan. takut sangat. aq tak nak hidup dalam kesedihan, dalam kemurungan... aq nak bahagia. setelah apa yg aq lalui, aq nak bahagia yaAllah. drp zaman sk sampai la skrg, aq laluinya bersama insan tersayang, umi. aq tahu yg umi menanggung perasaan lebih berat drp aq. aq nak umi bahagia bersama. kalau aq ada segalanya, akan aq serahkan semuanya pada umi. untuk segala yg dia tanggung selama menjadi seorang ibu. aq tak mahu sejarah berulang.

jadi aq berharap sangat2, aq nk org yg boleh memahami perasaan seorang prempuan, baik isteri, ibu, anak, adik atau sesiapa shj yg bergelar prempuan. aq nak dia hargai setiap wanita yg hadir dalam hidupnya.

siapa pun awk, sy harap sifat awk seperti itu.. krn itulah yg sy harapkan. paling paling paling harapkan.. yg boleh bawak berbincang, boleh berbicara dgn aq tentang apa shja topik, cerita, luah perasaan. kat mana lagi seorang prempuan nk menumpang kasih, berteduh, menyandar di dunia ini, kalau bukan drp seorang suami. kalau suami tak kuat, kurang berpegang pada tiang agama, lemah iman, mcm mana nasib sebuah keluarga nnti...??  Allah dah ciptakan dgn sempurna lelaki dan wanita, iaitu saling melengkapi..

aku sedia menanti si dia, untuk datang menjemputku..   suatu hari nanti.
insyaAllah.. utk bersama selamanya2 hingga ke syurga..

yang baik minta didekatkan, yg buruk minta dijauhkan.

semoga ikatan tali hati kita sentiasa kukuh, semoga Allah pelihara hati kita masing2.
sy pasti awak akan dtg tepat pada masanya.

setia menantimu..

Thursday, 20 October 2016

travel

setiap orang mesti ada tempat perlancongan masing-masing yang pasti korang semua teringin sangat nak pergi kan... 

umi kata, umi teringin sangat nak pergi kashmir. 
tengok view daripada tv pun bez. ada gunung, tempat sejuk..

ya umi.. doakan rezeki anak-anak umi, supaya kaklong dapat bawak umi ayah pergi mekkah dulu, pastu boleh la kita travel macam-macam tempat. 

kalau ikutkan hati ni, nak je pegi melancong, melawat tempat-tempat bez, walaupun kat malaysia. vietnam, thailand, singapura, indonesia, paris, australia, eropah, semua nak pergi. insyaAllah ada rezeki. 

jadi, saya perlukan seseorang yang kaki jalan. hihihi.  maksud kaki jalan tu, bukannya suka jalan, suka melepak suka suka hati. tapi seorang ynag suka travel. hahaha. 

so, kepada si dia, berjimat jimat la wang belanja tu yer.. jangan habiskan duit belanja orang lain. 

Friday, 18 December 2015

gambar kenangan

                                                         selepas exam stam-2012
                                                         gambar kelas tingkatan 5
                               raya tingkatan 6 bersama ustazah kesayangan-ustazah khadijah
                           berkumpul bersama sahabat pertinam di Taman Tengku Anis
                                                            majlis berbuka puasa
                                                               majlis berbuka puasa
raya

kalumpang resort














kalumpang resort, 5-6 December 2015, kuala kubu bharu.
percutian bersama sahabat sahabat di hujung tahun..
1st day-pengisian dalam kelas, explorace, bbq
2nd day-senaman pagi, sukaneka, 16 jenis halangan, mandi manda air terjun
terima kasih E-Class Training Centre

Tuesday, 3 March 2015

Kahwinilah seseorang kerana agamanya dan akhlak baiknya tanpa memandang rupa parasnya, hartanya mahupun keturunannya.

InsyaAllah, bahagia rumah tangga di dunia dan di akhirat.

Sunday, 1 March 2015

tidur lepas subuh.

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sedikit perkongsian.

Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.
Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.

"ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati"ada byk mazhab ke dia ni?".

"Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku"

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz".

Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap."kenapa ustaz?"

dia menjawab,orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah.Dia berlagak depan Allah!.Dia menolak pemberian Allah!.Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.Jadi ape yg ada pada fikiran kau?

Mesti kau akan kata"dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".Aku tersentak.

Dia berkata lagi"org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang mcmni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.

Sesungguhnya manusia itu jahil.Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar.Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni.Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak.Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi"orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan.Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!

Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm  nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...

"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang.Kau siapa? Nak ubah sunnatullah!

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah.Orang yg dekat dengan Allah.Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu.Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.

Pakar motivasi kata, cerminlah diri sendiri tgok kesalahan.Tapi bagi ulama', nak cermin diri pergilah cari orang yg soleh, ulama', auliya', Ahlullah.Baru kita tau perbuatan kita dari bangun tidur, sehingga kita tidur semula itu rupanya byk mendatangkan murka Allah.Kita sendiri tau antara org yg Allah tak berckp dgn mereka di akhirat adalah org yg miskin tapi sombong tak bersyukur.Kita ni miskin, miskin amalan.Janganlah kita sombong depan Allah.

Nabi dah kata:

  احفظ الله،يحفظك
  Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
 
Jangan rasa setiap amalan kita itu seperti diterima Allah.Takutlah Allah.Jagalah adab dengan Allah.Jadilah org yg tak sombong dengan Allah, in shaa Allah kita akan tiada masalah untuk bergaul dengan sesama manusia.
Semoga dgn Asbab kita melihat pintu rahmat Allah itu sangat luas akan menjadikan kita ini menghargai org lain.Prihatin antara satu sama lain.
Bukannya memandang diri sendiri mulia dengan amalan yg kita rasa seperti lebih baik berbanding org lain.Sebab itulah punca hati ini su'zon.

Allah dah kata, jangan lah kita bersangka kerana kebanyakkn dari dzon itu adalah sangka buruk.

Ulama' sufi kata sebelum nak su'zon, kita perlu berhusnudzon 70 kali terhadap seseorang itu.

Nampak tak disitu betapa ulama' mendisplinkan hati sebelum menghukum org lain.
Supaya apa, supaya hati kita ni letih nak bersu'dzon dan sbb itu diletakkan syarat perlu 70 kali supaya kita melupakan keburukkan org lain.

Sedikit perkongsian.Semoga boleh menjadi resepi utk tidak t[truncated by WhatsApp]
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah setelah beberapa lamanya x melawat blog ini, malam ni boleh la spend masa sikit utk berbicara tentang diri. 
Ok, dah masuk bulan mac 2015, so birthday pun dah nak dekat. Tak berharap sangat pun dpt celebrate. Tahniah utk diri sendiri kerana sudah menjalani hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini selama hampir 21 tahun. 
Kalau nak berbicara tentang umur.. 
Urm, xde yang menarik sangat pun. Cuma kadang2 terfikir, 'apa yang aku dah buat selama 21 tahun ni?' 'Apa yang aku dah sumbangkan kepada masyarakat, negara, ataupun ummah?'..'ok, kepada family sendiri? '
Sultan al-fateh telah menakluki konstatinopel pada usianya 21 tahun. Assyahid ammar, telah membuka mata seluruh dunia tentang jihadnya dalam menuntut ilmu. 
Jadi kepada teman2 dan juga sahabat2, marilah kita sama2 membangunkan ummah ini mengikut ajaran islam. Pada usia yg muda ini kita mampu buat apa shaja . tenaga belia lebih diperlukan.

Thursday, 3 July 2014

ku sangka orang gila

Ku Sangka Orang Gila
......26 May 2011.....
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy pasted - Warta Dari Hati)

jom menuntut ilmu ... !!

wajib menuntut ilmu.

undang undang jenayah syariah dalam Islam ada 4 jenis :

a) Qisas
b) Hudud
c) Diyat
d) Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :

a) bunuh dengan sengaja
b) melukakan dengan sengaja
c) mencederakan sehingga hilang anggota (memcacatkan) dengan sengaja.

Hudud pula melibatkan 6 kes :

a) murtad
b) merompak
c) minum arak
d) berzina
e) mencuri
f) tuduh zina (qazaf)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a) bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b) cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. contihnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.

ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikt ketetapan syarak. manakala selebihnya seperti melanggar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawak ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Saturday, 25 January 2014

hubungan etnik

peningnya bila duk manghadap laptop, nak cari tahu pasal ekonomi melayu bagi subjek hubungan etnik. baru  tahu macam mana susuhnya untuk mendapatkan ilmu.. tambah lagi pasal kerajaan ni. sblum ni, masa zaman sekolah, x pernah nak amek tahu psal semua benda2 ni. tapi sekarang, semua benda kena tahu. kerajaan, dasar ekonomi, politik, sosial. sebab semuanya berkait antara satu sama lain.

 contoh assingment, pasal kenaikan harga barang. GST hanyalah salah satu daripada cabang kenaikan harga barang sebenarnya. harga barang naik selalunya selaepas pilihanraya. sebab apa? sebabnya semasa pilihanraya, kerajaan banyak mengeluarkan peruntukan contohnya untuk diberi kepada rakyat. jadi, harga barang akan naik untuk menampung semula peruntukan bagi kewangan negara.

minyak. kenapa harga minyak  naik? padahal negara kita adalah salah satu negara yang mengeluarkan salah satu dari hasih bumi. minyak negara kita sebenarnya banyak dieksport ke nagara luar kerana minyak yang kita perolehi sekarang, adalah minyak mentah. jadi negara terpaksa menghantar minyak itu ke nagara luar untuk memproses menjadi minyak yang asli. jadi, maksudnya, kita membeli minyak dari negara kita sendiri. rasionalkah begitu...? membeli hasil khazanah bumi kita sendiri.


Monday, 20 January 2014

semoga diberi hidayah drp Allah

"paip bocor la bengong...!"
macam tu ke seorang suami patut berkata dengan perkataan yang macam tu kpd seorang isteri..
isteri sendiri..! mana perginya rasa hormat kepada seorang isteri..? orang yang dah melahirkan zuriat kita. anak kita. waris kita. sedih rasanya bila terdengar ayat yang sebegitu rupa yang keluar drp mulut seorang suami. rasa tersentap. nak menangis pun ada..
seorang isteri yang penat duk rumah sepanjang hari, menguruskan anak2 yang bersekolah, anak yang sakit, dan anak yang masih kecil dan tidak bersekolah, kadang kala bila letih, macam2 perkataan akan keluar daripada mulut .. bukan saja2. mgkin sbb letih. ataupun suami balik kerja dan tidak mengendahkan hal anak2. semuanya diserahkan kpd isteri itu sendiri. padahal bila suami tu balik rumah, makanan dah tersedia. cuma tggu balik makan je.  balik petang, malam tidur. pagi esok pegi kerja semula.
1 tanggungjawab dah terabai, iaitu melayan isteri.

mana perginya rasa tanggungjawab seorang suami...?
banyak sangat perkara yang dirasakan tak puas hati dengan kehidupan berkeluarga ini.
macam2 kerenah. lebih-lebih lagi bila kerenah tu malibatkan tanggungjawab dan amanat daripada Allah.
seseorang telah lalai dalam melaksanakan amanat Allah. semoga diberi hidayah.

umi pergi mekah

hmm, mimpi umi pergi mekah....?
kenapa mimpi mcm tu...? umi pakai kain sarung pulak tu. dukung adik yang bongsu, Ammar..
hmm, lain nye rasa dapat mimpi ni.. harap2 semuanya berjalan dengan baik.
jadi berfikir panjang je bila dapat mimpi ni.. kluar prkataan "kenapa" yang tak sudah2.. aduyai..
walaupun diri belum mampu hantar umi ke mekah, tp skurang2nya dah dapat mimpi umi pergi sana..
takutnya.. knp mcm pelik je mimpi ni.. umi pakai kain sarung, pastu bawak adik 3 4 orang..
Ya Allah, selamatkanlah umi dgn adik2 aku yang duk jauh drp aku skrang ni. jauhkan mereka dari bala dan bencana dan Kau lindungilah mereka.

Thursday, 19 December 2013

jejak kampus

jejek kampus sesi 1/2 kuis 2013...ho ho..!
mcm2 gelagat kawan..terbaik...!
25/11/2013  first time masuk kuliah..bersama farizon dah a'yuni....:)

Wednesday, 2 October 2013

Kubersyukur buat Kasih Mu

Di hatiku ada dua cinta yang bergolak dan berbolak balik.
Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan
begitu hebat dan dasyat sekali.
Jika kau tanyakan aku, "adakah DIA dihatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku hanya seorang insan yang sedang
bermujahadah agar DIA ad di hatiku. Aku belum sampai ke tahap
mencintai-Nya, tetepi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk
mencintai-Nya. -Pahroh Mohd Juoi (Di Mana DIA di Hatiku?)
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaan hidup ini.
Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil'alamin..