Monday 20 January 2014

semoga diberi hidayah drp Allah

"paip bocor la bengong...!"
macam tu ke seorang suami patut berkata dengan perkataan yang macam tu kpd seorang isteri..
isteri sendiri..! mana perginya rasa hormat kepada seorang isteri..? orang yang dah melahirkan zuriat kita. anak kita. waris kita. sedih rasanya bila terdengar ayat yang sebegitu rupa yang keluar drp mulut seorang suami. rasa tersentap. nak menangis pun ada..
seorang isteri yang penat duk rumah sepanjang hari, menguruskan anak2 yang bersekolah, anak yang sakit, dan anak yang masih kecil dan tidak bersekolah, kadang kala bila letih, macam2 perkataan akan keluar daripada mulut .. bukan saja2. mgkin sbb letih. ataupun suami balik kerja dan tidak mengendahkan hal anak2. semuanya diserahkan kpd isteri itu sendiri. padahal bila suami tu balik rumah, makanan dah tersedia. cuma tggu balik makan je.  balik petang, malam tidur. pagi esok pegi kerja semula.
1 tanggungjawab dah terabai, iaitu melayan isteri.

mana perginya rasa tanggungjawab seorang suami...?
banyak sangat perkara yang dirasakan tak puas hati dengan kehidupan berkeluarga ini.
macam2 kerenah. lebih-lebih lagi bila kerenah tu malibatkan tanggungjawab dan amanat daripada Allah.
seseorang telah lalai dalam melaksanakan amanat Allah. semoga diberi hidayah.

No comments:

Post a Comment